Indian Aircrafts join Search and Rescue ...
HomePress ReleasesIndian Aircrafts join Search and Rescue efforts in Indian Ocean. (Bahasa Malay)

Indian Aircrafts join Search and Rescue efforts in Indian Ocean (Bahasa Malay)

 

Pesawat India meneruskan usaha ‘Mencari dan Menyelamat’ di Lautan Hindi

Dua Pesawat Reconnaissance dari India, iaitu P8 -I milikan Tentera Laut India dan C -130 J milikan Tentera Udara India telah mengendalikan Misi Pencarian dan Penyelamat  di Koridor Selatan pada 23 Mac 2014, sebagai sebahagian daripada usaha SARS. Walaupun krew-krew berhadapan dengan cuaca buruk dan angin siklon ketika dalam perjalanan mereka, kedua-dua pesawat tersebut, masing-masing telah menjalankan hampir 10 jam sorties. Krew–krew yang mahir itu berjaya mengelak kawasan ribut taufan untuk sampai ke kawasan pencarian, tanpa menjejaskan keselamatan pesawat mereka.

Radar dalam kapal P8 -I dan C- 130J berupaya membantu anak-anak kapal untuk mengesan keadaan cuaca buruk serta keadaan metrologi dan membolehkan pesawat-pesawat meneruskan penerbangan walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk. Selain daripada imbasan visual yang dijalankan oleh krew-krew di atas kapal, radar tersebut juga boleh mengimbas permukaan dasar untuk mengesan sebarang objek logam.

Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik ( ARCC ), Malaysia menyelaras Operasi Pencarian dan Penyelamat Antarabangsa untuk pasukan petugas multinasional yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.

Setelah menyelesai misi yang berpanjangan tersebut, pesawat-pesawat yang tiba di Malaysia telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Encik TS Tirumurti dan Komander Pangkalan TUDM Subang Airbase , Brig Jen Manaf . Mereka memuji kemahiran dan dedikasi anak-anak kapal dalam mengendalikan misi tersebut.

Kuala Lumpur
24/03/2014

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.