AYUSH Scholarship Scheme for Malaysia 2014-15
HomePress ReleasesAYUSH Scholarship Scheme for Malaysia 2014-15 ( Bahasa Malay )

TawaranBiasiswa AYUSH BagiSesiAkademik 2014-15

Kerajaan India telah mengumumkan dua puluh (20) Biasiswa bagi pelajar Malaysia untuk mengikuti kursus dalam Sistem Perubatan Tradisional di India bagitahun 2014-15.

2.         Suruhanjaya Tinggi India mengalu-alukan permohonan daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengikuti kursus dalam Sistem Perubatan Tradisional di India bagi tahun akademik 2014-15 dan seterusnya, untuk melanjutkan kursus-kursus yang berikut:
(i)         Ijazah Sarjana Muda Perubatan  Ayurveda & Pembedahan (BAMS) - 11 kerusi
(ii)        Ijazah Sarjana Muda Perubatan Siddha & Sains (BSM) - 5 kerusi
(iii)       Ijazah Sarjana Muda Perubatan Unani & Pembedahan (BUMS) - 2 kerusi
(iv)       Ijazah Sarjana Muda Perubatan Homeopati & Pembedahan (BHMS) - 2 kerusi

3. Borang permohonan ICCR boleh dimuat turun dari laman web ini (https://indianhighcommission.com.my/pdf/ICCR_Scholarship_Application_Form.pdf). Borang-borang permohonan juga boleh didapati di Bahagian Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi India, Kuala Lumpur

4.    Calon-calon perlu memenuhi kriteria pemilihan seperti yang berikut:
(i)         Calon perlu mempunyai kelayakan untuk memohon kursus
(ii)        Perlu mahir dalam bahasa Inggeris dan
(iii)       Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius.

5.     Kelayakan bagi kursus Sarjana Muda adalah seperti berikut:
a)         STPM
b)         A Levels
c.)        Baccalaureate antarabangsa
d)         Diploma SekolahTinggi Amerika
e)         2 tahun Matrikulasi Australia Selatan (SAM)
f)          2 tahun Pra-Universiti Kanada (CPU)
g)         Atau kelayakan lain yang setara dengan peringkat ke-12 di India.

6.         Calon seharusnya mengambil mata pelajaran wajib seperti berikut di peringkat peperiksaan kelayakan : Fizik, Kimia, Biologi & Bahasa Inggeris, dengan sekurang-kurangnya 50% markah dalam setiap mata pelajaran.

7. Umur minimum untuk memohon kursus-kursus ini adalah 17 tahun, pada 1 Oktober pada tahun kemasukan. Tempoh bagi keempat-empat kursus yang disenaraikan di atas adalah Lima &Setengah (5 ½) tahun.

8. Biasiswa ini merangkumi bayaran Tuisyen, Elaun sara hidup, Geran kontinjen, Elaun rumah sewa dan Faedah perubatan (tiket penerbangan tidak disediakan).

 

9. Calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan dan mengemukakan kepada Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, , , Jalan Kiara, Mon', .

Tarikh akhir untuk penerimaan permohonan oleh Suruhanjaya Tinggi India, Kuala Lumpur adalah 3 julai 2014.Untuk sebarang maklumat lanjut, silahubungi:
Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, , , Jalan Kiara, Mon',

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.