Press Release
Home › Press Release

   

auto0
SURUHANJAYA TINGGI INDIA
KUALA LUMPUR

KENYATAAN AKHBAR

PERASMIAN PATUNG GANGSA NETAJI SUBHASH CHANDRA BOSE

Perasmian patung gangsa Netaji Subhas Chandra Bose akan diadakan pada 18hb Jun 2016, Sabtu di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhas Chandra Bose Menara Sentral Vista, Aras 17-2 & 17-3A, No.150 Jalan Sultan Abdul Samad, , Kuala Lumpur dari 11am – 1pm.

Ketika lawatan Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi ke Malaysia pada November 2015, Modi telah mengumumkan penamaan semula Pusat Kebudayaan India di Kuala Lumpur sebagai Pusat Kebudayaan Netaji Subhash Chandra Bose India, sebagai tanda peringatan Netaji Subhash Chandra Bose yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang, terutama rakyat-rakyat India di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk menyertai Tentera Kebangsaan India (INA). Beliau telah meninggalkan legasi keberanian, inspirasi dan kepimpinan. Malaysia merupakan Negara kedua yang terbesar di dunia, yang didiami masyarakat keturunan India, iaitu kira-kira dua juta orang.

Majlis Perasmian patung gangsa Netaji Subhas Chandra Bose boleh disifatkan sebagai satu majlis satu yang unik kerana ia akan dirasmikan oleh ahli-ahli veteran Tentera Kebangsaan India (INA), Malaysia. Lebih daripada 35 orang ahli veteran Tentera Kebangsaan India tinggal di Malaysia dan ramai yang dijangka akan menghadiri untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Salah seorang ahli veteran INA di Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun lepas adalah Capt. Janaki Athi Nahappan, yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Pemimpin Rejimen Jhansi Rani, di bawah Tentera Kebangsaan India (INA) yang diketuai oleh Capt. Lakshmi Sahgal. Capt. Janaki telah diberi diberi Anugerah Padma Shri oleh Kerajaan India pada tahun 2000.

Manakala, Pusat Kebudayaan India pula, sejak penubuhannya pada Februari 2010, telah mengadakan pelbagai acara kebudayaan dan tradisi demi menggalakkan kepelbagaian budaya antara rakyat India dan Malaysia. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur juga telah Berjaya menganjurkan Festival of India di Malaysia tahun lepas dengan kerjasama Kementerian Malaysia dan India.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk turut sama memeriahkan majlis ini dan kemasukan adalah percuma.

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.